Bagi
golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”
Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan
Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang
lain.
Secara terang
Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki
memilih wanita yang
beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan
ke atas pilihan yang
berasaskan agama.
Bagi golongan
wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu
hanya menerima
lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami.
Ini menunjukkan Islam amat
menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah s.a.w
pernah bersabda,
“Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”
Di dalam riwayat
yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a.,
selepas Rasulullah s.a.w bersabda
seperti di atas, lalu para sahabat bertanya,
“Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah
mempunyai isteri?”
Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi,
“Apabila orang yang engkau
redha agama dan akhlaknya datang meminang,
maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga
kali.
Wallahu’alam