Merindui Arwah Abah. SubhanALLAH :'(





Assalamualaikum dan Salam Ramadhan yang ke-13 semua.
Alhamdulillah kerana dipanjangkan usia sampai ke Ramadhan kali ini.
Harap akan jumpa Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah :)

Pada malam Jumaat ini, 
ntah kenapa tiba2 datang perasaan sebak di dalam hati.
Bila dengar zikir2 munajat, 
minda teringat akan arwah abah yang telah 2 tahun
meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya :'(

Abah, kami rindukan abah :'(
Kami masih perlukan abah disaat abah meninggalkan kami sekeluarga.
Tapi, apakan daya, Allah lebih sayangkan abah.
Abah pergi tinggalkan kami tanpa sedar.
Kami redha akan ketentuan Qada' dan QadarMu Ya Allah....

Ya Allah, adakah abah aku berada dalam keredhaanMu?
Adakah dia berada dala kalangan orang2 yang beriman di sana, Ya Allah?
Aku mohon kepadaMu, hanya kepadaMu Ya Rabbi, tempatkanlah
abahku dalam kalangan orang2 yang beriman.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa Ya Allah.

Abah, annakmu ini masih ingat detik2 sewaktu abah nazak.
Masih segar di dalam ingatan ini bagaimana abah meninggalkan kami.
Ye, Al-Quran tak pernah sesekali berdusta.
Kerana aku dapat melihat sendiri rentetan detik kematian 
yang tercatat dalam Al-Quran masa abah nak menghembuskan nafas terakhir 
pada 3.4.2010, 2 tahun yang lepas.
Ya Allah, betapa besar kuasaMu. Betapa indah kejadianMu.
Setiap yang hidup pasti merasai mati.
Kerana mati itu PASTI.

Abah, betapa aku merindui dirimu disaat ini :'(
Sungguh, aku tidak mampu menanggung perasaan rindu terhadapmu
dikala ini....
Aku teringat akan nasihat2mu, gerak-gerimu, gelak-tawamu, 
gurau-sendamu dan macam2 lagi...
Abah, kakna sangat2 terkilan sebab tak dapat jaga abah sebaik mungkin.
Malam terakhir abah pun, kakna tak sempat nak borak2 ngan abah.
Sedar2, abah dah pun nazak :'((
Kakna masih ingat, pukul 4pagi, ma kejut kakna tidur dan bagitau yang abah
dah pun nazak..
Ya Allah! Besarnya dugaanMu untukku....
Sedar dari tidur, kakna dgn abglong bacakan Yaasin untuk abah..
Maafkan kakna sebab tak sempat nak mintak maaf depan2 dgn abah :'((
Kakna tahu kakna banyak salah dgn abah...
Tapi, malangnya kakna tak sempat nak bercakap dgn abah buat kali terakhir...

Ya Allah, tabahkan hatiku, kuatkan imanku...
Aku lemah tanpaMu Ya Allah :'(
Aku diuji dengan ujian sebesar ini olehMu Ya Allah...
Aku terima, aku redha...
InsyaAllah...

Buat adik2 aku, 
Amirul, Damia dan Maisarah,,
Akak harap adik2 akak semuanya tabah ye..
Jangan sedih2..
Kalau kita sedih, abah lagi sedih tau..
Just sedekahkan Yaasin dan Al-Fatihah bila teringatkan abah ok..

Khas buat adik bongsuku, Nur Maisarah,
Adik sabar k..
Akak tahu adik tak sempat nak dapatkan kasih sayang seorang bapa
dengan secukupnya...
Sebab, masa adik umur 1tahun dan 2tahun, 
abah busy dengan kerjanya dan selalu je outstation kann?
Pastu mase adik umur 4tahun dan 5tahun, 
abah selalu je marah2 kita kan?
Tengking2, suruh2. Hmmm. Xpe dikk..
Abah kan sakit. Abah tension. 
Sabar jelaa yang mampu time tu.
Adik hanya dapat kasih sayang yang sepenuhnya 
dari abah time umur 3tahun..
Betapa kesiannya kitorang kat adik...

Pernah suatu hari, masa hari abah xder, 
adik mengeluarkan kata2 yang begitu
mengusik jiwa setiap orang...
Bila orang tanya "Adik, abah mana?"
Adik jawab, "Abah dah tidur buat selama-lamanya. 
Abah dah naik ke atas langit jumpa Allah.
Abah dah xde...Adik sayang abah..."
Pada masa tu, semua orang yang ada, menangis..
Time tu umur adik 5tahun....
Bayangkan, seorang kanak2 yang berumur 5tahun 
kehilangan seorang bapa tanpa mendapat kasih sayang 
bapanya dengan secukupnya...
Tapi, xpe dikk...ma, abelong, akak, abe yu, kak ya 
ade jah teman adik ye..
Adik jangan sedihh okay? Kalau adik sedih, abah lagi2 sedih..
Ingat tu :)


Arwah abah :'( Al-Fatihah....


Wallahu'alam....




Thanks sudi baca entry nie sayang ^^ Just click LIKE if you enjoy reading this ya! :) Thanks!

0 7 orang nak tahu: