result UPU [Pendedahan Eksklusif!]

Mekanisme pemilihan.

1. Semua pelajar akan beratur untuk bersaing bagi memasuki satu group yg mana group program 
(commonly used course) – ikut program pilihan diorang yg pertama – tapi dengan syarat dia layak la apply. Kalau letak pilihan pertama tapi tak layak, sori noo..you are indeed not qualified! Hehe…


2. Ok. Sambung cerita. Semua program ada kuota yang nak ambil. Contoh: Asasi perubatan UIAM – dalam 115 orang je. So, Pihak yg nak pilih tu , diorang akan ambil pelajar yang tengah beratur untuk masuk tu, berdasarkan markah merit(90% result SPM & 10% kokurikulum). Ambil sampai pnuh. Kalau semua dapat masuk, tak pnuh, x pa la.


3. Yang dapat masuk, dia kira dapat program tu la. Selesai cerita. Apa cerita yang lain2?  
kena halau la dari situ sebab dah penuh!

4. Yg lain2 ni, dia akan pergi beratur untuk masuk group program lain pula, ikut pilihan kedua dia. 
Kalau dah pnuh  juga –  kena halau juga la. Kalau dapat masuk, ok la.


5. Begitulah seterusnya, sampai dia boleh masuk.

6. Kalau sampai 8 group(8 pilihan) dia cuba nak masuk, tapi kena halau juga, 
kira dia takkan dapat twaran la.


7. Namun, bagi yang pilih “YA” dekat option “Anda setuju untuk terima tawaran selain 8 di atas?” dekat bahagian bawah dalam borang UPU dulu,  maka dia dapat masuk la group yg dpanggil group yg ada kosong – lain cakap – dapat program lelong! Dapat la program yang tak diminta. 

Kesilapan kebanyakan org:

1. Pilih program yg dia tak layak apply dalam 8 pilihan tu-  berdasarkan result SPM dia dengan 
syarat nak apply course tu. Terbuka untuk aliran mana dsb.

2. Tak susun pilihan tu – pakai letak ikut suka jee– padahal kena susun yang paling minat sangat2 no 1, turun sikit2 smpai no 8 yg minat paling sikit. Bukan x minat! Heee.. [dalam borang tu ada sebut - sila susun ikut KEUTAMAAN]

3. Tak rancang strategi masa susun tu. Maksudnya kalau dia layak untuk semua program, 
dia patut pilih yg dia rasa ada ‘peluang cerah’ untuk dapat. Macam mana tu? Doa la!

Contoh: Nak masuk UIAM. Jangan apply asasi perubatan kalau merit tak tinggi. Kalau 98/100 ke 99/100 ok la. Sebab program ni memang famous sangat! Kalau nak sangat masuk UIAM dengan program tu, pasang strategi la. Macam mana? Pilih program lain yang ditawarkan di UIAM.

Ada pergigian, farmasi, sains hayat, sains fizikal, kejuruteraan & sains kmputer dll. Pilih yg tu. Sebab? Lepas kita dapat tawaran apa2 program di UIAM, 
kita boleh buat rayuan untuk tukar semasa minggu orientasi(ta’aruf week). 
Tak dapat tukar masa ta’aruf week, later on boleh, dengan syarat result mantop la. Hehe..

So, ada yg kata, tu dah lepas….buat apa cakap…ambillah hal ini sebagai pengajaran la 
cek oi..huhu. Siapa yg tak dapat IPTA yg diorang nak tapi betul2 nak masuk situ juga
 walaupun dapat IPTA yg lain, buat la rayuan kepada Dekan IPTA berkenaan. 
Atau pihak paling atas – Kementerian Pengajian Tinggi.

Yang  tak dapat tawaran macam mana? Buatlah e-rayuan yang dah ada tu. Tu je la.
Yang junior2 pula? Ambillah perkara ini  sebagai pengajaran supaya antum tak buat silap atas ‘salah’ diri sendiri.

That’s all. Do you understand my explanation? Hehe…
Akhir kalam, sentiasalha bersangka baik dgn ALLAH ‘Azza Wa Jalla atas segala yg berlaku pada diri kita. pasti ada hikmahnya dalam setiap apa yg kita dapat. Yg paling penting, semoga kita berjaya di dunia dan pastinya di akhirat!  =)


Copy Paste from ; Ahmad Kamil - The Ordinary Guy Blog :)




Thanks sudi baca entry nie sayang ^^ Just click LIKE if you enjoy reading this ya! :) Thanks!

0 7 orang nak tahu: