Ingat, ia semakin hampir!



Assalamualaikum readers ^^

Bimbang Yan lihat apa yang berlaku pada zaman kini. Biarpun seksa yang ALlAh timpakan pada kaum 'Ad dan Thamud mustahil untuk berlaku kini, namun terlalu banyak kejadian pelik dan luar biasa terjadi. Lihat sahaja kes zina, buang anak, rasuah, pembunuhan dan pelbagai lagi, seolah-olah manusia bertindak tanpa kewarasan akal.

Fantasi VS Realiti
Filem 2012 yang dihasilkan oleh pihak Barat benar-benar meninggalkan kesan kepada penduduk dunia, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat di Barat, bahkan orang Islam itu sendiri. Sejauh mana filem tersebut memberi impak ketakutan dan kegusaran dalam setiap hati manusia yang mengetahui tentang 'kehancuran dunia'? Begitu mudah hati manusia digoncangkan!
Tetapi, itu hanya rekaan orang bukan Islam tentang kiamat ini. Peringatan tentang kehancuran bumi ini boleh kita lihat dengan perkara yang benar-benar terjadi. Di mana? Peristiwa Disember 2004 di Aceh, Indonesia cukup memberi kesan kepada manusia tidak kira dimana mereka berada tentang bagaimana dalam tempoh masa yang pendek, banyak nyawa yang terkorban dan bandar yang dilanda ombak tsunami hancur dengan sekali bawaan ombak tersebut.
Begitu juga dengan tsunami yang melanda negara Jepun. Biarpun mempunyai pelbagai teknologi canggih yang dapat mengesan bila gempa bumi akan berlaku, juga bangunan dan rumah yang dilengkapi binaan anti gempa, namun kuasa ALLAH S.W.T Maha Besar dan Maha Agung. nah, inilah realiti daripada ALLAH yang seharusnya menimbulkan rasa insaf dalam setiap hati manusia.

Gambaran daripada Al-Quran
Sebenarnya, peringatan tentang kedatangan hari kiamat ini telah lama diberi gambaran kepada umat manusia. Orang yang mengaku bahawa dia Islam dan berpegang teguh terhadap Al-Quran dan hadis seharusnya mengambil berat terhadap apa yang akan berlaku.
Mari kita perhatikan gambaran yang ALLAH turunkan kepada manusia sejak dahulu lagi tentang kiamat yang akan berlaku suatu hari nanti. Cubalah menghayati peringatan bermakna ini.
ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Dan apabila bulan hilang cahayanya. Dan apabila matahari dan bulan dihimpunkan bersama."
(Surah Al-Qiyamah 75: 8-9)
"Apabila bintang-bintang telah dihapuskan. Dan apabila langit terbelah. Dan apabila gunung-ganang dihancurkan dan berterbangan."
(Surah Al-Mursalat 77: 8-10)
"Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan. Iaitu hari yang ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang secara berkumpulan. Dan (pada masa itu) langit dibuka, maka terdapatlah beberapa pintu. Dan gunung-ganang diterbangkan ke angkasa, lalu ia menjadi seperti debu yang berterbangan."
(Surah Al-Naba' 76: 17-20)





Petanda Hari Kiamat 


-Petanda Besar-
# Keluar asap yang akan mengakibatkan penyakit (*)
# Muncul Dajjal 
# Keluar dabbah
# Matahari terbit dari arah Barat 
# Nabi Isa a.s turun ke bumi 
# Muncul Yakjuj dan Makjuj
# Gempa bumi di timur, barat dan semenanjung Arab (*)
# Api besar yang akan membawa manusia ke Padang Mahsyar


-Petanda Kecil-
# Anak menderhaka kepada ibu dan ayah (*)
# Wanita tidak berpakaian dengan sebenarnya (*)
# Membela orang yang melakukan kesalahan (*)
# Ramai orang soleh dan ulama' yang meninggal dunia (*)
  # Masjid didirikan untuk bermegah-megah (*)
# Manusia berbangga melakukan dosa (*)
# Hiburan dan zina berleluasa dalam kalangan masyarakat (*)
# Banyak fitnah, gosip, dusta, dan pembohongan yang disampaikan (*)
[ (*) - Yang dah ada sekarang ]

 
- Wallahu'alam-

Thanks sudi baca entry nie sayang ^^ Just click LIKE if you enjoy reading this ya! :) Thanks!

0 7 orang nak tahu: